Thursday, June 10, 2010

4 Jenis Manusia Tidak Masuk Syurga (Secara Terus)

4 Jenis Manusia Tidak Masuk Syurga (Secara Terus)

Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Empat (macam manusia) tidak Allah s.w.t. masukkan mereka ke syurga dan tidak akan merasai kenikmatannya, peminum arak, pemakan riba, menzalimi (memakan) harta anak-anak yatim dengan tiada hak dan derhaka pada ibu bapanya” (Riwayat Al-Hakim)

4 jenis manusia ini tidak masuk syurga melainkan mereka bertaubat, jika tidak mereka akan dimasukkan ke dalam neraka untuk dibersihkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan kedalam syurga (orang yang mempunyai iman tetap masuk syurga).

1) Peminum arak
Dari Malik Al-Asy’ari berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “ Suatu masa nanti, orang-orang dari umatku akan minum arak yang mereka beri nama lain……” (Hadith riwayat Ibnu Majjah). Minum arak menyebabkan pintu langit ditutup bagi peminumnya, kerana semua amal baiknya dan doa-doanya tidak diterima selama 40 hari (amalannya tergantung dan tidak diberi pahala). Saintis juga mengatakan bahawa kesan dari arak dalam tubuh manusia hanya hilang setelah 40 hari.

Dalam mazhab Syafie, tiap yang memabukkan adalah haram. Manakala dalam mazhab Hanafi, arak atau khamar yang haram adalah arak yang berasal dari anggur atau tamar, misalnya wain (wine) dan jika terkena pakaian hendaklah dibersihkan kerana ia adalah najis. Mazhab Hanafi tidak mengharamkan arak yang diperbuat daripada selain tamar, misalnya “stout” yang diperbuat daripada barli, tetapi sekiranya memabukkan ia menjadi haram. Apapun jauhi minuman yang was-was, Rasulullah s.a.w kata jauhi yang mendatangkan kesangsian kepada yang tidak ada syak.

2) Pemakan riba

Allah istihar perang terhadap orang yang makan riba dengan sengaja:

Al-Baqarah [279]Maka jika kamu tidak melakukan (perintah tinggalkan riba itu) maka ketahuilah Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu ialah pokok asal harta kamu. Kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.

Riba itu melibatkan dosa dengan Allah dan makhluk, terutama orang miskin kerana menganiayai mereka. Mengambil kesempatan ke atas orang miskin hukumnya haram. Bahkan dosa riba lebih besar dari dosa meniduri ibu dan 36 kali zina bagi setiap dirham riba.

Nabi SAW bersabda : Ertinya : ” Riba mempunyai 73 pintu, Riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya.” (Ibn Majah, 2/764 ; Al-Hakim, 2/37 Al-hakim: Sohih menurut syarat Al-Bukhari dan Muslim)

Nabi SAW bersabda :Ertinya : “Satu dirham Riba yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan ia mengetahuinya lebih buruk dari berzina sebanyak 36 kali” (Musnad Ahmad)

Bukan saja pemakan, bahkan mereka yang terlibat dengannya, Nabi SAW telah bersabda : “Dilaknati pemakan riba, penulis riba dan yang menjadi saksinya” (Riwayat al-Bukhari dan Ibn Majah)

Dalam mazhab Hanafi dibolehkan mengambil riba daripada golongan kafir di negeri kafir, berdasarkan sebuah hadith “tidak dikira riba yang diambil daripada orang kafir di negeri kafir” (suka sama suka dan secara sukarela di antara mereka). Mazhab-mazhab lain tetap mengharamkannya.

3) Menzalimi (memakan) harta anak-anak yatim dengan tiada hak

An-Nisaa [6] Dan ujilah anak-anak yatim itu (sebelum baligh) sehingga mereka cukup umur (dewasa). Kemudian jika kamu nampak dari keadaan mereka (tanda-tanda yang menunjukkan bahawa mereka) telah cerdik dan berkebolehan menjaga hartanya, maka serahkanlah kepada mereka hartanya dan janganlah kamu makan harta anak-anak yatim itu secara yang melampaui batas dan secara terburu-buru (merebut peluang) sebelum mereka dewasa dan sesiapa (di antara penjaga harta anak-anak yatim itu) yang kaya maka hendaklah dia menahan diri (dari memakannya) dan sesiapa yang miskin maka bolehlah dia memakannya dengan cara yang sepatutnya. Kemudian apabila kamu menyerahkan kepada mereka hartanya, maka hendaklah kamu adakan saksi-saksi (yang menyaksikan penerimaan) mereka dan cukuplah Allah sebagai Pengawas (akan segala yang kamu lakukan).

An-Nisaa [10] Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka dan mereka pula akan masuk ke dalam api Neraka yang menyala-nyala.

Sebaliknya jika mereka menguruskannya secara baik:

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua ini di syurga kelak.” Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan).” (Bukhari)

4) Penderhaka pada ibu bapanya

Dari Mu’awiyah bin Jahimah yang datang kepada Nabi S.A.W. dan berkata: “Wahai Rasulullah, aku ingin pergi perperang, aku datang untuk meminta pandangan-mu. Nabi S.A.W. bertanya: Apakah kamu mempunyai ibu? Jawabnya: “Ya”. Sabda Nabi S.A.W.: Peliharalah (berbuat baiklah kepada) dia, sesungguhnya syurga berada di bawah dua kakinya.

Luqman 1 Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya)..

Dalam sebuah riwayat diceritakan ketika Nabi S.A.W. sedang berehat di atas pelamin di syurga, datang Malaikat Jibril memberitahu “umatmu masih ada dalam neraka” Lalu Baginda terperanjat dan terus menaiki ke buraq untuk ke neraka dan bertanya “Apakah kesalahannya?” “Dia seorang anak yang derhaka”. “Kalau begitu aku membuat syafaat ke atasnya”. Namun syafaat itu dinafikan Allah kerana ini adalah kes di antara anak dan ibubapanya. Kemudian Baginda menaiki kuda yang bersayap delima merah untuk ke syurga bagi menemui ibubapanya untuk mengampunkan dosanya. Namun ibubapanya itu enggan mengampunkannya kerana kesalahannya di dunia dahulu. Lalu Baginda berdoa meminta agar Allah membuka hijab dan menunjukkan seksaan ke atas anaknya itu kepada ibunya. Apabila melihat anaknya yang terseksa itu, kembalilah naluri keibuaannya dan dimaafkan anaknya itu.

Jagalah hati kedua ibubapa dan bantulah mereka khasnya semasa mereka amat memerlukan pertolongan anaknya.

Wednesday, June 9, 2010

PETUA MENINGKATKAN DAYA INGATAN

PETUA MENINGKATKAN DAYA INGATAN

Dengan mengamalkan petua-putua dibawah Insyaallah dapat mengurangkan risiko menjadi pelupa serta meningkat daya ingatan, jika kita mempraktikkan ketika usia masih muda supaya kelak di hari tua kita tidak menjadi terlalu pelupa. Antaranya ialah:

* Membaca Al-Quran
Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.

* Amalkan Tidur Yang Cukup
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu, amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

* Mengawal Tekanan
Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.

* Berhati-hati Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan
Sesetengah produk yg dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yg kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yang memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan makanan kesihatan yg diperlukan oleh tubuh badan kita dari produk yang telah diakui oleh Kementarian Kesihatan dan mendapat kelulusan JAKIM serta pakar pemakanan yang bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.

* Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak.Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik.Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.

* Elakkan Kemurungan
Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Allah SWT.

* Awasi Pengambilan Ubat
Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jgn mengambil ubat tanpa arahan doktor.

* Belajar Sesuatu yang Baru
Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.

Nasib Bayi Khinzir




Kejadian seekor khinzir melahirkan anak yang memiliki tubuh separuh manusia menggemparkan masyarakat antarabangsa terutama di kalangan doktor. Sebaik sahaja berita ini disebarkan secara meluas, ramai di kalangan doktor dari Amerika Syarikat dan Kanada dikejarkan ke bekas negara Soviet Union itu untuk memeriksa bayi lelaki yang memiliki tubuh separuh khinzir dan separuh manusia itu.
Anak khinzir yang dinamakan Alexander, seberat 3 kg dan mempunyai muncung serta rambut seperti bulu khinzir. Sepasang kakinya adalah normal dan tangannya menyerupai tangan binatang (kaki). Kajian baka menunjukkan bayi itu memiliki kromosom manusia dan khinzir. Dia mempunyai otak manusia dan adakala menangis seperti bayi normal tetapi ada kalanya dia mendengus seperti khinzir di dalam kandang.
Menurut laporan, anak khinzir itu dilahirkan hasil ujikaji genetik ganjil yang dijalankan oleh penternak khinzir, Yuri Tenchin yang menyuntik air mani manusia pada dua ekor khinzir. Ujikaji aneh yang dibuat enam bulan lalu itu berjaya membuatkan seekor khinzir melahirkan bayi khinzir perempuan tetapi mati ketika dilahirkan.
Menurut Tenchin, dia menjalankan ujikaji itu untuk membaiki baka mutu khinzir. Dia mahu menghasilkan spesis khinzir yang mampu menjaga diri mereka sendiri.
Ujian genetik ini menimbulkan kemarahan pemimpin agama kerana manusia tidak berhak campur tangan dalam urusan Tuhan.
Beberapa pakar dari Amerika dan Kanada bagaimanapun berpendapat kewujudan bayi khinzir itu mungkin berpunca daripada kesan radioaktif yang menyelaputi Ukraine selepas kejadian kebocoran kilang nuklear Chernobyl pada April 1986.
Menurut pakar radiasi, dia tidak fikir dalam apa cara kebetulan sekalipun ia boleh terjadi. Ini kerana Alexander dilahirkan di bandar Slavutich, 160km dari reaktor Chernobyl.
Adalah mustahil seekor khinzir boleh mengandungkan anak manusia. Alexander dilaporkan lebih gembira menjalani kehidupan sebagai seekor khinzir daripada seorang bayi. Dia gemar bergelumang dengan lumpur dan mengotori makanannya.
Cara dia makan tidak ubah seperti khinzir. Dia menghulurkan muncung kepada makanan sambil tangannya mencarik-carik meja.
Gini la jadi nyo bila bahaso kelate di kecek luarkan..


baco sapa abis ni.baru demo pehe..buleh tehe nk suko selok..kawe guling bating do-de-do-de baco..hahaha..


Kantoi 1
Gu kawe kijo hotel,dio sepatutnyo anta guest pegi airpot tapi huje pulok,dio tunggu la sapa uje berenti baru dio oyak ko guest, kawe denga dio oyak gini
"mari kita pergi encik,hujan sudah SERIK ni"



Kantoi 2
Dulu,mase kat belaja kat kolej,kelas komputer,kawe aja gu kawe pasal komputer,doh dio slow nok teke tikuh tu,kawe kato la gini
"Ming,tunggu gapo lagi nyo, PENYEK la mouse tu" .Gu kawe pun kato,oloh,kapong molek bahaso mung,mujur mu tok oyak JIREK…



Kantoi 3
Kawan abg ipar aku kantoi ketika dinner di hotel, biasalah kan waiter akan refill air sejuk dalam gelas tu kan..

dia kata lebih kurang macam ni semasa waiter itu sedang menuang air kedalam gelasnya..

"adik, dah banyak air tu, PADAM, PADAM.."

dengan muka yang selamba dan serius..



Kantoi 4
kwn aku... dia nak bayar harge pulut lepa kat cafe....dia sebut

“pulut LEMPA satu”...

sepatutnya pulut panggang




Kantoi 5
cikgu : ada berapa jenis KUTUB kat bumi
murid : dua, cikgu
cikgu : nama dua jenis kutub tersebut
murid : KUTUB AYAM dan KUTUB DAGING

(khutub @ kerutuk)




Kantoi 6
cikgu: kenapa baju sekolah awak ade bintik2 hitam?
murid: Baju saya kena PERTIK SAWA cikgu.





Kantoi 7
ni cito aku pulok....maso mulo2 masuk kolej...gi cafe beli air dale gelas plastik mcam kat psar malam tu..pahtu maso nok bayar tuh..."kak, ada TUDUNG tak?" sambil tgn tunjuk kat atah gelas tuh....kakak tuh mulo2 tok pehe....doh aku duk tunjuk atah gelah tu dia pun kata..."ooo....penutup"....dgn muko selamba..."a ah penutup"....malu weh....hehehehe




Kantoi 8
kwn aku citer cara2 masak kerutup..

”mula2 panaskan minyak...masukkan bhn kisar...tumis hingga naik bau...kemudian masukkan AWAS.....”



Kantoi 9
“saya tinggal bersama ayah, ibu, adik dan kakak. rumah saya berdekatan dengan rumah nenek. kadang-kadang rumah saya BERKUBANG.....”




Kantoi 10
Aku pernah dengar statement ni kat bank...

“hutang encik yang perlu bayar ialah dua ribu tiga ratus lima puluh ringgit point SAMAS.....”

yg ak nk sukonyo ore wak oyak tu ore cino......




Kantoi 11
kemarin dulu anak aku muntah atas katil, abih aa kena dkt cadar ngan toto..
smlm kitaorg tengah masukkan toto ngn cadar dlm mesin basuh..
pah, aku oyak gini dkt hubby aku .." bang, lupa la nak ambik SAMPUL BANTAL sama.."

laki aku bantai gelak..ingatkan surat je ada sampul..bantal pun ada gak ke?






Kantoi 12
peristiwa kat bandar jengka...member kelantan aku gak.....
'BANG MINTAK SUPIK SATU'.....wakakaka.....bercakap luar tuh...




Kantoi 13
masa aku study kat UM sewa umah kat bangsar...

ada housemate budak kedah nak pinjam motor...dia tanya mana kunci motor aku...

dengan macho nya aku jawab...'kunci motor ada dalam SORAK meja aku tu..'

hahahahha




Kantoi 14
masa di U mulo, ado member aku ni buleh awek bdk Johor.. mmg sokmo berigak ayat kelate time dia berkecek luar ngan awek dia tuh.. contoh paling kelakar aku igt lg masa tu dia tgh bergayut tanya khabar awek dia yg demam..

"Ayang.. camne dah "sial" ke belum demam ayang tu?" pastuh lagi.. "sori la abang x sempat call ayang, abang tidor strik (straight) td"




Kantoi 15
member citer takdih......

si A nampak ular lalu menjerit...." ular.....ular.....katak.....katak..."....




Kantoi 16
ade sorang awek kelate ni kije receptionist kat hotel kawan aku kije...aritu hotel xdak api,blackout, so guest kol la hotel ,dia yg cakap

guest : " nape takde api ni"
awek : " maaf cik,black out.api berJENTAP"




Kantoi 17
Dalam sebuah komuter...

“abang boleh ALIH sikit tak? Saya nk duduk ETEP.”




Kantoi 18
Ada org luar tu dia mari jalan kampung...org kmpung tu tau doh dia orng luar..

Ore luar tu g jale umoh woris dia..woris jauh2..jadi anak tuan umoh tu nak kecek luar jugak la..

Org Luar : ' mak ada tak? '
Anak Tuan Umah : " takdi mak ada duk tanah .. dia cakap nak gi tembak, nk g beli lauk..... "

[standard org2 kg kat kelantan..waktu2 tengahari, kalau nak beli ikan, mereka akan tunggu penjual ikan datang ngn motor kat tembak (tepi jalan ) ]





Kantoi 19
haha..aku ado kisoh saen aku dio nak beli kuih d bazar ramadhan ari tu...die beli kuih rm2 gune duet rm5 pahtu mok cik kedai tu wi balik rm 2..so dio ni oyak ar,

"mok cik cucur lagi xcukup seringgit.." mok cik ni pon oyak ar.."cucur xde dek, kalo nak kat kedai sebelah ade".




Kantoi 20
aku tringat pok sdaro aku maso gi kijo s'pore dulu

sebelum tu dia gi jale2 di johor dulu...dia skali nga saing2 dia 3 oghe
gi lah beli air....pah tu dia tanyo mokcik tu...

"kak..... PLETIM adaa ?

kakok tu ngango sapa.......saing2 dia pecoh perut dengar " PLETIM"





Kantoi 21
tringat ado soghe saing crito maso dio baru pindoh singapore...maso tu dio skoloh rendoh lagi...ado sari tu mok dio suruh gi keda beli bare...

saing : toke...kakah sup ada?

toke : hah?? kasut? kasut tak ada...itu terompah ada la...

saing : bukannn...kakah sup la...ada ke?

toke : aiya...saya sudah cakap kasut tak ada...terompah saja ada...

saing : (balik rumoh gi tanyo mok dio kelik) ma...cino tu duk royak kasut kasut tropoh...royak nok kakah sup...duk tawar tropoh dio...

mok saing : ma tok ingak nok royak sini oghe panggel repoh sup (rempah sup)...

saing : pade pong cino tu tok pehe...




Kantoi 22
aritu mak mentua saya ikot balik kedah. time maghrib, suami n abah saya nak pegi surau.
mak mentua saya gi tanya kat abah saya

"ustaz nok gi balasoh doh ko?"
terkejut abah saya . "taklah mek, nak pegi belasah sape pulak ni?"




Kantoi 23
membe saya cikgu,jenis pekat gler kelate tp ngajar di kL...budok2 biaso laa gege dale kelas..pastu dok tubik masuk tubik masuk..pastu dio jadi nk maroh gilo...nak marah ko budok2 tu. Dia oyak :

"awak ni kalau bising skali lagi..saya akan suruh awak TUBIK!!!"bdak2 KL hok dengar terpinga-pinga.."apa dia TUBIK cikgu?"



Kantoi 24
budak kelate:- mu gi beli timun cino kejap...
budak johor:- nk berapa?.....
budak kelate: (ngan muka confiden) mu beli daley 4-5 butir jadi ah...

pastuh budak johor tuh pegi kedai nak cari timun cina... selang beberapa minit kemudian...

budak johor: aku cari banyak kedai dah.. takde pun orang jual timun cina... apek buah tuh siap marah aku lagi.. dia kata dia tak pernah pun dengar timun cina, timun india, timun melayu....

masa tuh kitorang dah keras2 ketawa...... lepas explain kat dia yang timun cina tuh tembikai.. ngan dia2 pun ketawa besar.....




Kantoi 25
Sepupu aku hok duk johor balik cuti kat kg aku..pah tu gak adik aku nk tido laa skali depan tv dgn spupu johor aku tu..pah tu byk nyamuk..dio pun oyat gini..

"BANYAKNYE NYAMUK...BERBEROM-BEROM (bunyi nyamuk)...hahahaha..




Kantoi 26
Ado promoter gas mari umah aku..nk jual kepala gas untuk keselamatan gas gapo xtahu...mok aku hok interested nk beli..

pah mok aku ty laa..nk guno lagu mano ni..dio pun jawab..."mcm ni mak cik...kepala ni bawah ni mak cik CONCOS kat tong gas ni....





Kantoi 27
Ore kg aku duk KL, jenis tok beso kecek luar...dia ada duit besar nok g tukar keda...nok oyak guano ni nok tukar duit ni...dio kecek luar jugak...


“bang, nak tukar duit HALUS ada ?...”





Kantoi 28
dj radio: assalamualaikum
pendengar: wa'salam...
dj radio: bagai mana keadaan cuaca di Jeli skg?
pendengar: hujan berek-berek.....




Kantoi 29
ada anak buah kawe jate sore bdk KL.. umur 6 thn..
comey kakloh jugok la... bila balik kg, budok2 tino pakat2 kerumun anok buah kawe tu,,
serupo ore ulu tok rajin jupo manusio..

"Eiii... comANnye... geraNnye.... nama awak sape.... tembaNnye pipi... rasa mcm nak KENGKAF jerrrr.."




Kantoi 30
didi gi kl umah abg dia...abg dia suruh gi kedai beli gayung...so dia pon gi kedai..smpai kedai dia tanya tokey...

"BANG, ADA JUAL CETONG TAK?"...





Kantoi 31
ina baru balik dari shopping...rosnah tegur ina "WAH INA BARU BALIK? BALIK DARI MANA? BANYAK NYA JABIR KAT TANGAN TU”....





Kantoi 32
ada sore staf puam opis kawe, sebab dia hok paling janguk bos kawe suh dia entertain pelawat dr KL time acara makan2, ada buoh duye..

bila pelawat tu oyak, best2 durian sini, lemak.. dio jawab..

"memanglah durian sini best2, tp sy tak boleh makan byk sangat coz cepat lugal"..





Kantoi 33
mak aku cikgu, dulu dia sokmo wat kelik buku latihan bdk2 check dumoh..

ado sekali tuh, selok dia suko.. dio tunjuk tuh so family ngilai.. ado student tuh wat ayat..

"Itik sedang menyudu air cha.. "





Kantoi 34
Aku sedang melayan anak kawan aku bermain ditaman permainan..tetiba aku cemas sebab budak2 itu telah buat lari pecut 100 meter..

dengan pantas aku menjerit...

"Naqib...jangan lari laju2...nanti REBAS!!"

Nasib baik aku sorg je masa tu..tp aku tetap gelak sorg diri...suker selok...





Kantoi 35
pengalaman aku, ado ore luar mai umoh tuk aku..lepas make tghari, tuk aku wi bantal ko ore tu sambil oyak gini:

" guling-guling la dulu mek... lambat lagi nok gi keda"....

terpinga2 ore tuh... mujo x guling sungguh.. kalu dok gak, pah tanoh la wehh.. rumoh tuk aku tu tinggi.





Kantoi 36

aku selalunya kantoi tang kunci kereta....

dah terbiasa sebut..."suis keta"

ada sekali tu, aku suruh lab assistant aku gi beli barang, aku ckp ngan dia

"ambik la suis keta aku tu...bwk keta aku jer"

dia ngan muka cuak tgk aku..."napa? keta takleh start ke?"

aku jwb balik..."ye la, kalau tak ambik suis keta tu...camana ko nak start keta aku lak?"

lagi dia heran...

pastu...baru aku tersedar.....that's kunci kereta.....

bukan suis keta





Kantoi 37

maso saing kawe mari KL...sek2 rumoh kawe nak masok tengahhari pahtu suruh la dia gi kedai beli ikan ...

saing aku : Bang ikan AYA ada?
Tokey : Ikan AYA?....ikan apa tu dik?...xde jual la
Saing Aku : Ala Bang tu ada la ikan AYA tu...(sambil tunjuk)
Tokey : oooo ni ikan tongkol la dik...

balik rumah dia bercerita gege 1 rumah dok suko ko dio..




Kantoi 38
teringat maso kawe ngaji k.l mulo,
nk g beli sabun basuh.. "kak sabun SETOKOL"




Kantoi 39
Ambo sediri pun penah kena dulu, gini..

masa kursus BTN, member dorm sebelah bising, selamba je ambo tepik,

"weiii, diamla, BOSANLA


heheheh..member kelate pecoh perut suko..lorat kelantan, istilah Bosan ni ada dua maksud





Kantoi 40
so lagi, ambo tengok budok2 dok gayut di taman permainan di Putrajaya,

ambo tepikla larang takut jatuh :

" weiii, jangan bergayut kat situ, nanti jatuh, dapat FAEDAH (BULEH PEKDOH)

member aku terguling reboh suko



Kantoi Tahap Dewa

Jusuh dari kelantan, baru datang KL, duk umah sewa kawan2 dia, suatu hari dia ikut kawan dia g disko, semua kwan2 dia mabuk. Dia ckap kat kawan dia :

"berat-berat korang semua nih.....dah-dah la tuh....jom KELIK...






PESANAN
Nak pesan sikit, nanti, kalau nak makan seafood ataupun etak tuh, jangan makan banyak sangat,kan CERAH perut, tak larat nak BERULANG ke tandas la..

Saturday, May 15, 2010

kucing ade sayap??







Seorang Nenek bernama Feng yang tinggal di Kota Xianyang, Propinsi Shaanxi, Cina, mempunyai seekor kucing jantan yang istimewa.

kucing tersebut mempunyai sepasang sayap yang ditumbuhi rambut di punggungnya. layaknya sayap burung, bila diraba terasa ada tulang di dalam sayap tersebut. Masing-masing sayap mempunyai panjang sekitar 10 cm

“Pada awalnya terbentuk dua gumpalan di punggung, kemudian tumbuh dengan cepat dan membentuk sepsang sayap dalam waktu satu bulan”, nenek Feng menjelaskan.

Menurutnya, sayap tersebut mulai muncul setelah kucingnya digoda oleh kucing betina. 1 bulan sebelumnya banyak kucing betina yang sedang birahi menggoda kucing miliknya dan tidak lama kemudian tumbuhlah sayapnya.

Menurut para ahli, fenomena ini terjadi semata-mata karena mutasi gen. Tumbuhnya sayap tidak menyebabkan kucing kesulitan menjalani kehidupan normalnya.

China benarkan makan bayi dalam kandungan !!



Sebuah majalah mingguan dari Hong Kong (The Next magazine) melaporkan bahawa kerajaan China membuat keputusan untuk membenarkan ‘budaya’ makan janin dalam kandungan untuk kepentingan kesihatan.


Rupa-rupanya budaya makan bayi telah lama wujud dalam budaya masyarakt China tetapi tidak dihebahkan dan tidak di komersialkan. Ini adalah kerana bimbang akan menerima bantahan dari pelbagai pihak. Namun begitu, melihat kepada ‘perkembangan’ semasa, kerajaan China tidak teragak-agak membenarkannya.

Amalan makan bayi atau janin ini menjadi makin popular di China, ditambah lagi dengan kes penguguran bayi yang kian meningkat. malah telah wujud pasaran gelap untuk proses ‘jual-beli’ janin.

………………………………………………………………………………………………..

Negara China, Bakal Kuasa Besar Dunia !!

Sekurang-kurangnya itulah yang di percayai oleh penganalisis politik dunia iaitu China adalah merupakan sebuah kuasa besar dunia yang sedang naik dengan mendadak. Lihatlah di sekeliling anda dan carilah barangan yang tertera perkataan ‘made in China’? Daripada yang fake/immitation sampaila ke barang-barang original. Walaupun negara China merupakan sebuah negara komunis namun persepsi dunia kini telah berubah.

Sejak kejatuhan komunis Rusia di era kegemilangan Mikhail Gorbachev yang juga merupakan presiden kesatuan Republik Soviet Union, maka berakhirlah perang dingin antara blok barat dan timur. Selepas itu komunis tidak lagi dilihat sebagai satu ancaman. Ancaman itu beralih kepada “keganasan islam”.

Dan sekarang ini negara China bakal melangkah selangkah ke hadapan lagi dengan buat pertama kalinya ketua komander tentera China telah menyatakan secara terbuka mengenai rancangan China untuk meletakkan senjata di ruangan angkasa dan lebih menekankan pada angkatan udara serta kemampuan ofensifnya.

8 Tanda Si Dia Adalah Soul Mate (serasi jodoh)



Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu?

So, apakah ada petanda lain agar seseorang dapat merasakan bahawa sidia jodoh (soulmate) kita atau bukan? JOM KITA LIHAT !!


Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat… kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!

Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan, adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!

Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu..Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu…

Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan… Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.

Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya…

Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya… Nah, kalau begitu ini bisa bererti dia sudah siap menerima kamu seadanya..

Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil ‘buruk’ di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya… Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!

Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan! Apakah kelapan-lapan petanda di atas telah kamu temukan padanya?

MATI SYAHID di kalangan UMAT MUHAMMAD s.a.w

Rasulullah bersabda, maksudnya: “Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian?

Mereka menjawab: “Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah. Baginda bersabda: “Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit.”


Kalangan sahabat kembali bertanya: “Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?”

Baginda menjawab: “Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid.”(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)

Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid.” (Hadis riwayat Thabrani)

Rasulullah bersabda, maksudnya: “Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim.” (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)

Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: “Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah.” (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati dalam membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid.”

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur).”

khasiat teh dan kopi



MANA satu minuman kegemaran anda setiap pagi, kopi atau teh. Yang pasti, minuman ini mempunyai penggemarnya yang tersendiri. Ada orang yang berasa tidak bertenaga dan lemah lesu selagi tidak mendapat secawan kopi atau teh. Segar rasanya setelah menghirup secawan kopi atau teh panas.


Pun begitu, kopi atau teh ini banyak kegunaannya dari sudut kecantikan. Mudah dan berkesan.

Rambut bersinar dengan kopi

Bancuh kopi pekat dan panas. Biarkan suam sebentar. Sapu bancuhan kopi pada rambut yang kering dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam. Lakukan seminggu sekali dan rambut anda pasti berkilau.

Kopi singkir selulit

Jika anda ke farmasi dan mencari krim selulit, cuba baca bahan yang terdapat di dalamnya. Satu daripadanya ialah kopi. Lepas ini anda boleh buat sendiri krim selulit dan gunakan dua kali seminggu.

Mula-mula alas lantai bilik air dengan surat khabar. Bancuh biji kopi dengan air panas yang dicampur satu sudu besar minyak zaitun. Berdiri di atas surat khabar dan gosok bancuhan kopi tadi pada bahagian yang berselulit. Untuk hasil lebih memuaskan, gunakan span. Selepas itu, balut bahagian yang disapu kopi tadi dengan plastik dan biarkan beberapa minit. Bilas dengan air suam.

Buang sel kulit mati dengan kopi

Buang sel kulit mati dan dalam masa sama kurangkan pori-pori yang terbuka. Bancuh suku cawan biji kopi yang telah digunakan dengan sebiji putih telur. Bancuh sebati dan sapu pada muka. Biar kering dan bilas dengan air suam. Jika kulit anda jenis kering, sapu pula dengan pelembap kegemaran anda.

Mata segar dengan teh

Jangan buang uncang teh yang telah digunakan. Sejukkan sebentar di dalam peti sejuk dan letak pada kelopak mata selama 10 minit. Rasa sejuk uncang teh menyamankan mata anda serta-merta.

Teh melegakan kaki yang penat

Rendam kaki di dalam besen air teh sejuk selama 15 minit atau dalam air teh herba pudina bagi melegakan kaki yang penat. Kesegaran aroma teh menghilangkan bau kaki setelah sehari bekerja.

Teh sebagai rawatan wajah

Campur satu sudu kecil oat halus bersama teh herba wangi bagi membuat skrub muka. Biar kering dan bilas. Bagaimanapun jangan lakukan jika kulit anda sensitif.

Anda boleh juga membuat pes segar atau masker dengan mencampurkan teh herba wangi bersama susu tepung. Gosok pada muka dan biar kering. Selepas itu bersihkan dengan tisu sebelum membasuh muka.

Teh melegakan luka

Teh mengandungi bahan anti bakteria. Basahkan kapas dengan pekatan teh dan tekap pada luka kira-kira lima minit. Ulang lagi selama empat kali dan jangan basuh. Cara ini juga selamat pada kanak-kanak.

Kulit kepala sihat dengan teh

Panaskan setengah cawan minyak zaitun di dalam kuali. Campurkan dua sudu teh lavender yang telah ditumbuk dan dua isi uncang teh pudina. Jangan didihkan. Urut bahan ini pada kulit kepala. Bungkus rambut dengan penutup kepala selama 20 minit atau lebih. Bilas rambut dan keringkan. Lakukan sebulan sekali agar kulit kepala sihat dan menguatkan akar rambut.

Meteor meletup di Amerika Syarikat



Sebutir meteor yang besar telah menerangkan ruang angkasa Wisconsin, Iowa, Illinois dan Missouri di bumi Amerika Syarikat (AS) sekali gus menghasilkan satu bunyi letupan sonik yang menggegarkan rumah-rumah serta boleh didengari ratusan kilometer.


Bebola api gergasi itu juga telah menukar suasana gelap menjadi hijau.

Ia boleh dilihat dalam tempoh 15 minit, kira-kira pada pukul 10 malam pada waktu tempatan.

Beberapa imej yang dramatik berkaitan insiden itu dirakamkan secara tidak sengaja oleh kamera video polis di Iowa.

Seorang ahli astronomi, Mark Hammergren berpendapat meteor itu amat besar.

“Jika ia cukup untuk menerangkan ruang udara seperti waktu siang dan menghasilkan bunyi letupan sonik, ia pasti bersaiz besar. Kalau berlaku pada waktu siang, orang ramai pasti boleh melihat kesan asap di udara,” katanya.

Setakat ini, tiada sebarang kecederaan atau kerosakan dilaporkan. – Agensi

Petua Melihat Si “DARA”

Rekahan Bibir

Kita dapat mengenal pastinya jika bibir seorang wanita itu sangat mengancam dan berwarna kemerah-merahan. Dan rekahannya pula cantik. Selain itu, bibirnya juga bergaris-garis dan dapat dilihat dengan jelas.

Dahi Yang Berkedut

Gadis yang masih memiliki dara akan mempunyai dahi yang licin. Berbanding dengan dahi wanita yang tidak berdara yang mempunyai lapisan sebanyak tiga lapis walau masih muda. Ini dapat dilihat ketika mereka bercakap, berbual dan ketawa. Kedutan ini adalah berbeza dengan kedutan wanita yang berusia.

Bentuk Punggung

Bentuk punggung juga akan menggambarkan samada seseorang itu masih ada dara atau tidak. Bagi wanita yang tidak memiliki dara, punggunggya akan kelihatan seperti terjatuh ke bawah kerana sel2 punggungnya mengembang kerana ransangan nafsu ketika melakukan hubungan. Apabila mereka berlari2 dan bergerak akan kelihatan ianya seperti bergoyang2. Berbeza dengan gadis yang memiliki yang pejal dan tidak bergoyang.

Telinga

Telinga gadis yang mempunyai dara akan kelihatan warna kemerah-merahan dan cantik. Wanita yang tidak punyai dara telinganya akan kelihatan leper dan tidak menawan lagi.

Tumit

Cuba lihat tumit anda. Di hujung tumit anda, cuba picitkan sedikit. Sekiranya selepas picit darah anda akan kembali ke posisi asal dengan cepat, ini bermakna anda masih berdara. Jika tidak, kawasan yang dipicit itu akan pucat dan darah kembali dengan lambat. Awas! Jaga tumit anda. Banyak kepentingan dan rahsianya lagi.

Ini hanyalah kaedah2 untuk anda mengenal samada seseorang itu masih dara atau tidak. Tak payahlah nak pi test kat orang yang dah berkahwin dengan halal. Selain dara2 yang tadi, kita masih mempunyai dara yang lain iaitu yang berkaitan dengan sensitiviti apabila berhadapan dengan lelaki.

Pipi

Jika pipi gadis itu licin, gebu dan kemerah-merahan serta tidak langsung memakai peralatan solek seperti pemerah pipi, bedak atau cecair pelembab muka, bermakna gadis itu masih berdara.

Gadis yang berdara selalunya tidak suka mengenakan make up. Terdapat juga gadis yang masih suci suka bermake-up, tatepi cara mereka bermake up tidak terlalu menonjol seperti seseorang yang ingin memikat lelaki. Sebagai contohnya GRO, bohsia atau pelacur. Mereka akan mengenakan make up keterlaluan kerna mahukan diri mereka kelihatan jelita. tetapi disebalik kejelitaan mereka terserlah suatu rahsia, jelas mereka bukanlah lagi wanita bermaruah.

Pada raut pipi gadis yang masih dara, kelihatan merah apabila disentuh lelaki yang bukan muhrim. Terkadang raut wajah mereka menjadi merah apabila berbual atau berhadapan dengan lelaki. Mereka agak sukar untuk menyesuaikan diri dengan lelaki. Berbanding dengan wanita yang tidak berdara. Mudah sahaja mereka menyesuaikan diri dengan lelaki. Bagi yang sudah berumah tangga, kerana mereka sudah biasa dengan suami mereka. Tetapi pada golongan sebaliknya kerana mereka telah hilang dara dan sensitiviti dengan lelaki kerana seba2 yang tadinya.

Kelihatan beberapa garis melintang pada pipi kiri dan kanan seseorang gadis yang telah berhubungan. Jika seseorang itu mempunyai lesung pipi, lesung pipinya kelihatan melekuk ke dalam dan terserlah kejelitaannya. Berbeza dengan gadis yang sudah pernah berhubung, lesung pipinya tidak terlalu dalam dan sisi lekukan itu diikuti dengan garisan yang menyambung lesung pipinya. Garis ini menunjukkan mereka telah tiada dara.

Telinga

Ketiadaan dara juga dapat dilihat dengan meneliti bentuk pada bahagian telinga kanan dan kirinya. Sedikit anak rambut akan kelihatan sebelah pipinya. Anak rambut ini berjuntai dan lembut serta halus. Anak rambut wanita pula tidak berdaya dan seolah2 tidak bermaya serta tidak lembut lagi. Ini dapat dilihat jelas jika anak rambut itu ditiup angin. Ia mudah terselerak dan agak tidak teratur ketika ditiup angin dan apabila anak rambut itu kembali pada posisi asalnya. Pipi sisi anak rambut ini juga dilihat agak lebam dan ianya simbol wanita itu telah berkahwin.

Hidung

Hidung sesorang itu juga mampu menunjukkan samada dia pernah disentuh atau tidak. Hidung seorang gadis akan kelihatan menarik dan cantik. kedudukannya juga molek. Di hujung hidungnya kelihatan kemerah-merahan. Ini bukan kerena dia selsema atau ada masalah hidung tetapi ini kerena darah banyak tertumpu pada hidungnya. Jika anda masih dara, lihatlah hidung anda. Apabila hidung seorang gadis disentuh lelaki, hidungnya akan kelihatan begitu merah.

Begitu juga dengan wajahnya. Ini kerana sensitivitinya terhadap sentuhan. Bagi yang tidak merah pada hujungnya apabila disentuh lelaki, ini bermakna dia telah hilang dara sensitif ( dara kecil ).

Mata

Bukan mudah untuk seseorang yang hilang dara ingin menyembunyikan identitinya dari diketahui lelaki yang pandai meneliti. Sebab itu adalah wajar jika kita menjaga maruah dan menundukkan pandangan dari panahan lelaki.

Terdapat tanda lebam atau bergaris di bawah kelopak mata seorang yang tidak berdara. Lebam ini tidak seketara lebam orang yang tidak cukup tidur. Hanya sedikit garis seakan2 hitam meliputi bawah kelopak mata yang terlipat itu. Iaitu kedutan pada bawah mata jelas dilihat jika si gadis sudah hilang dara.

Gadis yang masih dara, matanya kelihatan berseri dan tiada tanda seperti hitam, lebam atau bergaris2 halus. Sebaliknya di sekeliling matanya kelihatan rata dan apabila dia ketawa bahagian bawah matanya tidak menampakkan kedutan.

Namun begitu…

Tidak bermakna wanita yang tidak berdara telah hilang keseriannya. ( Cheewah! Kang takut lak ente orang suma nak kahwin.. ). Sebenarnya, wanita yang telah hilang dara adalah lebih cun daripada gadis. Tidak hairanlah sekiranya janda dan isteri orang semakin menjadi rebutan ( tak caya tanya suami anda ).

Yang menghilangkan serinya wanita tidak berdara ialah, mereka melakukan perbuatan terkutuk dan maksiat.

Bagi wanita yang berumah tangga secara halal dan mempunyai suami yang memahami..mereka cun 100x ini kerana mengikut kajian,

Rambut Wanita

Rambut wanita lebih cantik dari rambut gadis sekiranya si suami selalu membelainya. Rambutnya semakin lembut dan menawan 100x. Pada wanita yang dah berumah tangga secara halal. Ana nasihatkan, tak perlulah pakai Rejoice ke.. Pantene ke.. Feather ke.. Just pakai petua biologi dari suami anda. Ini juga akan menjamin keharmonian hidup. Bukan setakat rambut sahaja, malah bibir dan beberapa bahagian lain juga akan menjadi lebih cantik dengan bantuan suami.

Perut

Untuk pengetahuan anda, pada mereka yang biasa berhubung, perut akan sedikit membuncit. kerana perut melakukan daya aktif yang amat kuat dan menyebbkan sel2 mengembang. Selain itu, tanda yang terdapat pada perut seperti alur garisan panjang dari dada hingga pusat dan dari pusat hingga ke faraj.

Jika tanda ini terputus pada bahagian bawah antara permukaan pusat dan faraj, ini bermakna, wanita itu tidak berdara. Faktor kehamilan juga merupakan sebab garis ini terbentuk. Namun, garisnya kelihatan lebih ketara.

Kelab Malam “Apple Mecca” macam Kaabah ?!





Kelab malam (pusat maksiat) “Apple Mecca”. ini, terletak di tengah kota Manhattan, New York. Mereka dirikan sebuah rumah minuman arak berbentuk Kaabah, Mekah.


Model bangunan berbentuk segi empat dan berwarna hitam itu bukan sekadar model. Sebaliknya, bangunan yang dikenali sebagai Apple Mecca ini sebenarnya adalah sebuah night club.

Denganperbandingan gambar kaabah dan juga objek yang diberi nama apple mecca ini jelas menunjukkan sikap tidak prihatin yang ada pada masyarakat Amerika yang kononnya melaungkan hak kebebasan manusia.

Hak kebebasan manusia dan hak kebebasan bersuara inilah yang menyebabkan mereka secara membuta-tuli dan sesuka hatinya menyakiti hati masyarakat beragama Islam di seluruh dunia dengan menyentuh sensitiviti masyarakat Islam.

Tips Temuduga Terbaik




Alam pelajaran sudahpun tamat dan kini menyusul pula alam pekerjaan. Sedikit demi sedikit, perjalanan hidup anda mula berubah dan menjadi semakin panjang. Petandanya adalah anda dan ramai graduan lain
akan memulakan satu perlumbaan mencari kerjaya idaman.


Namun, dalam setiap persaingan, pasti ada golongan yang menang dan golongan yang kalah. Begitu juga halnya dalam perlumbaan mencari pekerjaan. Siapa yang mempunyai kelayakan yang cukup di mata majikan, dialah yang menang. Itu satu lumrah.

Justeru, entri kali ini akan memaparkan 10 faktor mengapa anda boleh gagal dalam perlumbaan mencari kerja yang anda idam-idamkan. Entri ini saya dedikasikan khas kepada sahabat-sahabat saya yang akan tamat diploma mereka pada pertengahan tahun ini. :)

1. Tiada Keyakinan Diri
Disebabkan kurang pengalaman atau kurang maklumat mengenai hal-hal semasa. Oleh itu, calon dinasihatkan agar banyakkan pergaulan untuk menambah pengetahuan dan keyakinan apabila berinteraksi. Calon juga perlu memperbanyak membaca bahan-bahan ilmiah atau menonton dokumentari-dokumentari bagi menambah pengetahuan semasa mereka.
Untuk menambah keyakinan diri, calon juga dinasihatkan agar membaca tip-tip untuk lulus dalam temuduga, tidak kira untuk lulus temuduga kerja kerajaan ataupun temuduga di syarikat swasta.

2. Tiada persediaan
Tidak membuat persediaan secara fizikal dan mental untuk menghadapi dunia pekerjaan ketika belajar dan selepas menamatkan pengajian di pusat pengajian tinggi.

3. Gagal Menguasai Komunikasi
Masalah ini biasa dihadapi oleh calon dari luar bandar, biasanya ketika melibatkan penggunaan medium komunikasi dalam bahasa asing seperti bahasa inggeris. Oleh itu, buka minda dan lapangkan pemikiran untuk menguasai bahasa inggeris.

4. Terikat Dengan Kelulusan
Ada di kalangan graduan atau pencari kerja yang tidak mahu bekerja selain daripada pekerjaan yang berkaitan dengan kelulusan yang dimiliki. Jadi peluang untuk mendapat kerja menjadi semakin sempit.

5. Kurang Kenalan
Semakin ramai kenalan semakin besarlah peluang anda untuk mendapat pekerjaan. Salah seorang daripada kenalan anda mungkin merupakan pekerja di sebuah organisasi. Jadi mereka mungkin tahu bila syarikat atau tempat kerja mereka mahu mengambil kakitangan baru. Jadi mereka pasti menghubungi anda mengenai peluang tersebut.

6. Kurang Bergaul(bersosial)
Kurang kecenderungan untuk bergaul dengan masyarakat luar sebaliknya menghadkan pergaulan kepada rakan seperjuangan atau ahli keluarga sahaja. Ini menyebabkan maklumat dan pengetahuan yang dimiliki agak terbatas. Ingat, pergaulan yang luas dapat meningkatkan daya komunikasi sama ada secara formal atau sebaliknya.

7. Kurang Penampilan
Tidak membiasakan penampilan diri yang kemas, segak anggun, menarik dan bergaya setiap hari. Ini menyebabkan anda kurang selesa dan kekok berkeadaan sebegitu ketika menghadiri temuduga.

8. Memilih Kerja
Ada di kalangan pencari kerja terlalu mengecilkan ruang dengan mencari jawatan yang diidamkan sahaja dan tidak mahu mencuba pekerjaan lain untuk mengumpul pengalaman.

9. Tidak Peka Perkembangan Semasa
Tidak peka terhadap apa yang berlaku di sekitar anda sama ada dari segi sosial, politik dan ekonomi menyebabkan anda tidak ada maklumat semasa yang terkini. Bayangkan jika penemuduga bertanya soalan seperti ini, “Siapa menteri kemajuan luar bandar dan industri asas tani ?” Jika anda jawab Muhyiddin Yassin. Habislah…

10. Kelulusan Tidak Sesuai
Kejadian ini berlaku disebabkan kursus yang dipilih ketika menuntut di institusi pengajian tinggi tidak sesuai dengan permintaan pasaran kerja.

10 Sebab Anda Gagal Menyelesaikan Tugasan Di Tempat Kerja Dengan Baik

Anda mungkin pernah mengalami masalah tidak dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh boss dengan baik. Cuba anda semak kembali apakah faktor-faktor yang menjadi punca masalah anda itu, semoga dengan ini anda dapat mencari jalan penyelesaian bagi masalah anda itu.


1. Terlalu banyak gangguan
Berdasarkan kajian yang telah dibuat, antara gangguan yang sering berlaku di tempat kerja ialah mesyuarat
yang tak dirancang, panggilan telefon, suasana bising dan sebagainya.

2. Anda tidak mempunyai sumber yang lengkap.
Seumpama tukang masak yang memerlukan sudip dan kelengkapan memasak yang lain, begitu jugalah dengan pekerja
yang memerlukan maklumat dan kelengkapan kerja seperti komputer dan data-data yang diperlukan untuk
menghasilkan kerja yang memuaskan dan tepat pada masanya.

3. Anda tidak tahu apa yang hendak dilakukan.
Menurut Clayton Warholm, seorang pakar di dalam komunikasi di tempat kerja, terdapat dua punca pekerja tidak
mahir dalam melakukan kerja mereka. Samada tugasan yang diberikan itu tidak dijelaskan secara terperinci oleh
ketua ( tidak tahu apa hendak dibuat) ataupun pekerja itu tidak dilatih dengan baik ( anda tidak tahu bagaimana untuk melakukannya).

4. Anda mempunyai terlalu banyak tugasan
Sesetengah orang mempunyai terlalu banyak kerja yang tidak mungkin dapat disiapkan walaupun terpaksa bekerja
24 jam sehari selama 7 hari seminggu. Perkara ini biasa berlaku dalam mana-mana organisasi yang mempunyai
pekerja yang sedikit. Akibatnya, kekecewaan akan berlaku apabila anda tidak dapat menyiapkan tugas kerana tidak mungkin akan dapat melakukannya.
5. Anda tiada kemahiran menguruskan masa.
Pekerja yang mempunyai kemahiran ini melakukan apa yang paling penting tetapi sebaliknya pula bagi yang lemah pengurusan masanya melakukan apa yang dilihatnya senang dan menyeronokkan.

6. Anda seorang yang suka bertangguh.
Kenapa harus menunggu esok jika perkara itu boleh dilakukan hari ini? Anda mungkin menangguhkan sesuatu kerja
itu kerana anda khuatir hasil kerja anda itu tidak memuaskan hati. Sebagai contoh, sekiranya anda takutkan
kegagalan dan khuatir akan menghasilkan kerja yang kurang bagus, maka anda akan membuka peluang untuk anda
mengelak daripada melakukan apa-apa. Walaupun anda sebolehnya inginkan kesempurnaan dalam setiap hasil tugas
yang anda lakukan, tetapi bos ataupun client anda lebih melihat kepada kerja yang kurang sempurna daripada anda tidak melakukan langsung kerja tersebut.

7. Anda rasa tidak dihargai
Sekiranya anda merasakan diri anda tidak dihargai ataupun anda memperolehi gaji yang tidak setimpal dengan
kerja yang anda lakukan, maka anda mungkin tidak dapat memberikan 100% komitmen dalam kerjaya yang anda
ceburi. Secara sedar ataupun tidak kebanyakan pekerja cuba untuk menyeimbangkan antara ‘memberi dan diberi’
antara mereka dan majikan. Mereka akan melakukan kerja berdasarkan kepuasan hati mereka terhadap majikan.

Pekerja yang merasakan mereka tidak dihargai akan menjadi kurang berusaha, kerap mengambil cuti, cuai dan
sebagainya.

8. Keutamaan syarikat yang bertukar-tukar.
Anda sedang menyiapkan projek A, tetapi tiba-tiba majikan anda mengarahkan supaya anda meninggalkan seketika
projek A tersebut dan memberikan tumpuan kepada projek B. Apabila perkara ini berlaku, anda akan berfikirbahawa anda tidak menyelesaikan tugas anda, tetapi majikan anda berfikir sebaliknya.

Setengah orang adalah flexible dan senang untuk serasi dengan arahan yang baru dan teruja untuk melakukan tugas yang baru tetapi ada juga sesetengah orang yang akan merasa kecewa apabila tidak dapat menyiapkan sesuatu projek. Jika anda adalah orang yang kedua seperti disebutkan tadi dan bekerja di dalam industri yang sepanjang masa akan berlaku perubahan, maka anda perlu mempertimbangkan untuk menukar kerjaya anda.

9. Anda ‘Burned out’
Merujuk kepada website American Psychological Association, burnout ialah keletihan emosi yang disebabkan oleh
tekanan yang teruk di tempat kerja. Ia mungkin kerana suasana tempat kerja yang negatif seperti pekerjanya sering bermusuh antara satu sama lain, tertekan dengan deadline yang ketat, jangkaan dan harapan yang terlalu tinggi terhadap sesuatu perkara, kerisauan dan melakukan kerja yang tidak sepadan dengan kemampuan. Kesemua ini adalah antara sebab dan punca berlakunya tekanan jantung dan sakit-sakit yang lain.

10. Ganjaran bagi tugasan yang telah anda siapkan.
Anda mungkin seorang yang hebat kerana dapat menyiapkan tugas sebelum ataupun tepat pada masanya. Namun
peliknya, kebanyakan organisasi menghadiahkan pekerja yang rajin dan bekerja keras itu dengan tambahan kerja
yang lebih banyak menggantikan bonus atau faedah yang lain. Sekiranya perkara ini berlaku di dalam organisasi anda, tidak mustahil anda akan merasakan tidak termotivasi untuk bekerja dengan lebih keras.

keajaiban haiwan dlm rahim- subhanallah

Produser Peter Chin menggunakan gabungan dari scan USG tiga dimensi, grafik komputer dan kamera kecil untuk merakam proses dari konsepsi sampai lahir dari sejumlah haiwan termasuk penguin, gajah, ikan lumba-lumba, anjing, dan penguin.



pencil vs camera





12 prinsip jutawan

Seorang pakar di dalam buat duit di internet iaitu saudara Mohd Nizam,telah membongkarkan 12 prinsip jutawan yang boleh kita ikut didalam menjana pendapatan di zaman kegawatan ekonomi sekarang ni.Jom sama-sama kita baca :


1. Mereka rancangkan kejayaan mereka.

Mereka menyematkan matlamat berapakah pendapatan yang diperlukan, mereka tahu berapa banyak yang perlu disimpan dibank setiap tahun, dan mereka tahu berapa banyak modal yang diperlukan untuk persaraan. Adalah satu kemestian bahawa jumlah tersebut ditulis dengan jelas, kerana ia menjadi asas untuk tindakan. Dengan memberi tumpuan kepada matlamat sekarang tidak akan menjejaskan jika terdapat sebarang halangan.

2. Mereka merancang dan bertindak.

Mereka membuat satu simpanan tetap dan terus menyimpan setiap bulan tanpa henti.

3. Orang kaya mempunyai disiplin.

Mereka bertindak mengikut rancangan matlamat dan mengelakkan mengambil wang dari simpanan persaraan. Mereka tahu mengambil wang dari simpanan persaraan seperti “mencuri” daripada masa depan mereka.

4. Mereka membuat perlindungan daripada bencana.

Ini bermakna mereka mengambil insuran untuk melindungi diri daripada kehilangan aset penting seperti rumah
atau kereta. Mereka juga mengambil insuran perlindungan diri sebagai persediaan jika terjadi sebarang bencana keatas diri sendiri.

5. Mereka cuba mengelakkan hutang.

Seorang pengurus kewangan yang bijak cuba untuk mengelakkan hutang dan membayar dengan lebih awal jika boleh.

6. Mereka menjadikan pendapatan sementara kepada tetap dengan menyimpan dengan
bijak.

7. Mereka berjimat keatas setiap ringgit yang dibelanjakan.

8. Mereka benci berbelanja.

9. Mereka sukakan menyimpan.

Mereka tahu setiap wang yang disimpan akanmemberikan hasil yang lumayan pada masa depan.

10. Mereka terus belajar daripada guru-guru yang sudah berjaya, oleh itu mereka
akan lebih berjaya.

11. Mereka mempunyai sikap positif tentang wang.

Mereka bukan seorang yang tamak atau menjadi hamba kepada duit sehingga melupakan tanggungjawab kepada Tuhan.

12. Mereka selalu mencari peluang untuk membuat wang dan menyimpan sebanyak
yang boleh.

How to Say “Mother” in 30 Languages

Mother’s Day is just around the corner and is celebrated all around the world. Have you ever wonder what the other parts of the world call their mothers? Here, we have compiled How to Say “Mother” in 30 Languages: -

American English – Mom, Mother, Mommy; British English – Mum, Mother, Mummy
Malay – Ibu, Emak, Mak
Tamil – Amma
Cantonese – Mo chan, Ma mi
Mandarin – Mu ching
Hokkien – Ah bu
French – Mere
Spanish – Madre
German – Mutter
Hindi – Maji
Urdu – Ammeek
Indonesian – Induk, Ibu, Biang, Nyokap
Dutch – Moeder, Moer
Thai – Khun Meh
Portuguese РṂe
Italian – Madre
Japanese – Okasan
Albanian – Mëmë; Nënë; Burim; Kryemurgeshë
Belarusan – Matka
Cebuano – Inahan; Nanay
Serbian – Majka
Czech – Abatyse
Estonian – Ema
Frisian – Emo, Emä, Kantaäiti, Äiti
Greek – Màna
Hawaiian – Makuahine
Hungarian – Anya, Fu
Ilongo – Iloy; Nanay; Nay
Swedish – Mor, Moder
Vietnamese – Mẹ

Cara Mengesan Lelaki Teruna

Mungkin ada wanita yang berhajat untuk mempersuamikan lelaki yang masih “dara”/ “teruna” (tak ramai dah) walaupun kebanyakan wanita lebih suka memilih yg berpengalaman, ini panduan untuk anda mengenali samaada seseorang lelaki itu masih teruna atau tidak..

1. lelaki teruna suka mengintai-intai (curi pandang) perempuan cantik pada wajah berbanding lelaki tak ada teruna gemar melihat tubuh wanita

2. lelaki teruna segera mengalihkan pandangan apabila ditentang wanita cantik manakala lelaki tak teruna mengekalkan pandangan

3. lelaki teruna menunduk apabila dipandang wanita cantik dan menunjukkan reaksi gembira (mengetap bibir untuk cover senyum) tetapi lelaki tak teruna menunjukkan reaksi bersahaja

4. lelaki teruna malu membuka mulut untuk makan atau bercakap di hadapan wanita yg cantik. lelaki teruna seperti “kena interview” apabila bercakap dan badannya kaku

5. lelaki teruna berdegup kencang jantungnya apabila mendapati wanita cantik menyukainya

6. lelaki teruna membosankan apabila bercinta. gayanya agak “nerd”. gemar berlagak untuk menarik pasangannya.

7. lelaki teruna juga sanggup menghabiskan banyak wang untuk pasangannya untuk menambat hati pasanganna

8. lelaki teruna terlalu sensitif. mereka akan sering menghubungi pasangannya sehingga dapat dan mereka akan rasa sedih yang amat sangat apabila diabaikan

9. lelaki teruna sering mengagung-agungkan pasangannya dan mengatakan orang lain tak cantik. mereka akan bercerita tentang pasangannya dan memuji-muji pasangan apabila berbual dengan kawan-kawan.

Friday, May 14, 2010

Seorang Lelaki Itu..

Telah berdiri seorang lelaki
Hidup berbekal kecekalan diri
Walau menghadapi sejuta cabaran
Terus berpaut pada kebenaran


Berkurun sudah kau merintis jalan
Bertahun sudah hasratmu terhalang
Tetap bersemarak api keazaman
Bara keramat, doa dan harapan


Kau melangkah bermula dari lembah
Kau mendaki setangga ke setangga
Semakin hampir menjejaki puncak
Semakin sering kau ditikam onak


Namun kerana kau lelaki
Derita dapat diselindungi
Tangisanmu rahsia di hati


Kesepianlah teman nan sejati
Di dalamnya kau mengenal diri
Tenangnya wajah matangnya bicara
Kerana kau meyakini Tuhanlah Yang Maha Esa.

Wednesday, May 12, 2010

Do u know

Sesumpah (Chameleon)

Kelebihan - Mempunyai camouflage capalibity, sehingga mampu 'bersatu' dgn alam sekitar. Dgn teknik penyamaran begini, sesumpah dapat mengelakkan diri dari di makan burung-burung. Bagi mangsa pula, ia tidak akan sedar dgn kehadiran sesumpah lantaran warna badannya yg serupa dgn persekitarannya. Lidahnya yg panjang juga mampu menangkap mangsa utk dijadikan makanan. Panjang lidahnya ehingga 25 cm mampu menangkap pelbagai spesis serangga.

Kelebihan kucing:

Dengkuran kucing mampu beri effect tenang kepada manusia. Mempunyai badan yang fleksibel dan tapak kaki lembut yang mampu menyerap hentakan. Walaupun kucing dijatuhkan dalam keadaan terbalik, dia mampu membalikkan badannya dan pasti mendarat dengan tapak kakinya

Kelebihan cicak:

Boleh menanggalkan ekornya dengan mudah apabila digertak atau ditarik. Tetapi, kebiasaannya, cicak cepat menangkap bunyi manusia yang ingin memukulnya. Cepat-cepat ia tanggalkan ekornya. Cicak juga mempunyai badan yang lembut dan mudah penyek kalau dipicit atau dihempap. Menjadikan ia sangat comel dan bergaya. Cicak juga mampu masuk ke dalam baju orang tanpa orang itu menyedarinya. Kemudian, ia juga mampu membuatkan seseorang itu menjerit.

Sulur Bidar

Tak pernah tengok pun, tapi ia mempunyai kelebihan struktur tubuh badannya yg lembut, flexible tetapi liat dek menahan tekanan dasar tasik yg tinggi. Makan dgn cara menggulung iaitu menghisap bendalir mangsanya secara 'paksa'. Saiz selebar 4 depa dan hidup di Tasik Kenyir.

Pantas bergerak di dalam air dan warnanya yg coklat kehitaman mampu menimbulkan rasa gerun kepada mangsa-mangsa yg lain (mahupun manusia). Kekuatannya mampu membuat air berpusar sehingga boleh menggoncangkan bot.

Labah-labah:

Saya pernah tengok dokumentari tentang labah2.
Ibu labah2 bila dah bertelur dan anak2nya dah menetas,
ia akan membiarkan anak2nya memakan dirinya..
Inilah pengorbanan seorang ibu..
Sedih jiddan tengok..


Penguin:

Yang ni, saya tengok dokumentari jugak.
Dekat kawasan ais mereka akan berkumpul ramai2.
Membentuk satu kelompok. Duduk dekat2 sebab sangat sejuk.
Sejuk sangat, hinggakan permukaan air laut kat situ mudah beku.
Dalam kelompok tu tinggallah para ayah..
Ayah2 pingu menjaga anak2nya. Mereka letakkan anaknya
pada celahan kaki mereka. Ibu2 pingu pegi mana?
Nak oo nak.. Ibu pingu pegi cari makanan..
Pegi cari makanan banyak2,ntuk si ayah dan si anak..

Tahu tak, risiko pegi cari makanan tu sangat tinggi?
Ada ibu2 pingu yang menyelam tangkap ikan, dan tak dapat naik ke daratan,
kerana permukaan laut dah beku. Last2, ibu2 pingu mati kelemasan dan kebekuan di bawah sana.. Dan.. Bila si ibu mati, bermakna anak dan si ayah
yang setia menunggu juga akan mati.

Dan ada tu.. Sebab suhu terlampau sejuk, ada anak yang dijaga si ayah mati. Bila si ibu balik dan mahu memberikan makanan, maka.. Masyghul la si ibu..
Dia sudu anak dia.. Seolah2 berkata,"Bangunlah.. Bangunlah.. Ibu dah balik.
Ni ibu bawa makanan.." Tapi anak dia tak bangun. Terbaring membeku. N then.. Ibunya amuk menyudu bertubi2 si ayah.. N si ayah, membiar je.. Membiar disudu bertubi2 kerana berasa sangat sedih dek gagal menjaga anaknya.. Sakit dalam rasa bersalah..
Sayangnya si ibu dan si ayah kepada anaknya..

Nyamuk betina menghisap darah untuk pembentukan/perkembangan telur~

Kegatalan akibat gigitan nyamuk adalah disebabkan suktikan bahan kimia untuk menghalang blood clotting~

Monday, May 10, 2010

Perkataan Inggeris Yang Di Kelantankan

ghoba = rubber
sekkey = scale
gohed = go ahead?
pospon = postpone
kolek bah = collect (tickets) = bus conductor
nejar = manager
bekwoh = big work
kona - corner
ngejas - adjust
nektai - neck tie (tali leher)
blebe - blab/ blabbering
suwih = switch
pozek = deposit...
merket = market
bok = book
pekbo = pebble
saksoba- shock absorber
sawonile/sawenila (buah ciku) = Souver Vanilla -
Tok peraih = Enterprise.. .
tohok(buang) = throw out
reh(rehat) = rest
screw driver = skru drebar
tapuwe = tupperware
so'oh = so hot
speka = speaker
kakah = carcass
prebek = private
cering (menjerit dengan nada yang nyaring) = cheering
muka dia dua orang ada meh = match
tra = try
tehh = test
selok (kunci) = lock
stapenah = staff nurse
gostang = go stand
gobek = go back
ejuh = exhaust
lembek (tilam) = lamb bed
Longjon = Long John ... hahahaha
ALIEN LAWAN PIDATO = Alien vs Predator

Sunday, May 9, 2010

Do u know?

1. Beberapa tahun lalu, sebuah bas membawa 20 orang pesakit mental ke hospital mental Bulawayo, Zimbabwe. Tiba di sebuah pekan, pemandu bas berhenti minum di sebuah bar. Apabila kembali ke basnya, kesemua pesakit mental telah melarikan diri. Pemandu itu mendapat satu idea. Dia ke hentian bas berhampiran dan menawarkan khidmat bas percuma. Penumpang yang berebut naik itu dihantarnya ke hospital mental menggantikan pesakit yang melarikan diri. Rahsia itu hanya terbongkar setelah 3 hari.

2. Siapa tahu di sebalik kegersangan padang pasir Arab Saudi, ia menyimpan pelbagai galian berharga. Di perutnya dianggarkan tersimpan 777 kilometer persegi lombong perak, 7,770 kilometer persegi bijih besi, 12,950 kilometer persegi tembaga dan 12,950 kilometer persegi kawasan emas.

3. Penjara Texas, US mengharamkan banduan yang menunggu hukuman mati meminta rokok sebagai permintaan terakhir atas alasan menjaga kesihatan.

4. Terdapat 60,000 buah tasik di Finland, menyebabkan ia dikenali sebagai Tanah Bertasik.

5. Negara Sudan berjiran dengan 8 buah negara iaitu Mesir, Libya, Chad, Republik Afrika Tengah, Zaire, Uganda, Kenya dan Ethiopia.

6. Mengunyah sayuran mentah, isi kelapa, lobak dan timun boleh membantu membersihkan serta menyisihkan sisa makanan yang melekat pada gigi.

7. Pada zaman Rom purba, orang yang berhidung bengkok dianggap bakal pemimpin.

8. 1 hari di planet Pluto = 1 minggu di bumi.

9. Pokok Oak tidak berbuah melainkan ia telah berusia lebih 50 tahun.

10. Jika semua lautan kering, garam yang dianggarkan berjumlah 40,000 juta tan itu boleh menimbus seluruh Britain dengan ketebalannya 80 kilometer.

saya sayang mak

Isk.. isk.. isk..
Aku menangis, aku terkedu.
Ya Allah, Kau ampunkanlah aku dan cucurilah roh ibuku di kalangan orang yang beriman.
HambaMu ni anak yang derhaka, anak yang tak mengenang jasa.
HambaMu ini tak tahu menilai intan dan kaca.
HambaMu ni alpa dan asyik dengan keseronokan dunia, bangga dengan diri sendiri, ego...

Kini semuanya tak berguna lagi, ibuku telah tiada.
Dan aku anak tunggalnya yang diharap-harapkannya gagal member kasih sayang dan menjaganya di usia tua..
Oh! Kejamnya hambaMu ini...

Aku mengimbau...

"Man malu mak! Semua kawan-kawan Man mengejek Man. Mereka kata mak Man raksasa, hodoh. Ada satu mata aja."

"Biarlah Man, lama2 mereka akan penat bercakap. Mereka akan berhenti mengata Man lagi."

"Arghhh... Man tak peduli mak. Mereka sentiasa mengejek Man. Mak janganlah datang ke sekolah Man lagi. Man malu mak.. Man ada mak yang hodoh, mata satu. Man malu mak!"

Rizman bangun lalu pergi ke biliknya. Dia berazam nak belajar sebaik mungkin dan keluar belajar jauh dari kampungnya.

Ibunya sayu melihat anak tunggal kesayangannya itu. Tapi dia tetap bersabar dan sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan anaknya itu.

Akhirnya Rizman berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke luar negara dalam bidang perubatan. Dia berjaya menjadi seorang pakar bedah yang berjaya. Sepanjang tempoh tersebut, dia tak pernah mengirim berita atau melawat ibunya di kampung. Namun ibunya tetap gembira apabila mengetahui kejayaan anaknya dan sentiasa mendoakan kejayaan untuk anak kesayangannya itu. Rizman seolah-olah telah melupai ibunya, dia malu kerana maknya bermata satu, hodoh ibarat raksasa.

Ibunya mendapat tahu yang Rizman kini telah bertugas ibu kota. Anaknya itu kini menjadi doktor pakar di sebuah hospital swasta tersohor di Malaysia. Anaknya juga telah berkahwin dengan seorang anak Dato’ dan mempunyai dua orang cahaya mata, seorang putera dan seorang puteri.

Hati ibunya melonjak2 ingin bertemu dengan anak kesayangannya itu. Dia bertekad yang dia mesti berjumpa dengan anaknya di ibu kota!

Suatu hari, ibunya menaiki teksi ke ibu kota.
Dia menuju ke rumah anaknya di kawasan elit, kawasan orang-orang berada dan berjaya.
Siapa yang tak kenal anaknya – doktor pakar bedah yang berjaya dan tersohor di Malaysia!

Setiba di banglo anaknya itu, ibunya itu menekan suis loceng rumah di pagar rumah tersebut.

“Keretanya ada, lagipun hari ni hari minggu, pasti anakku ada di rumah” getus ibunya.

Seorang pembantu rumah separuh umur datang dan menanya,

“Mahu apa makcik? Nak jumpa siapa?”

“Makcik nak jumpa dengan anak makcik”

“Anak makcik? Siapa?”

“Dr. Rizman tu anak makcik, anak tunggal makcik”

“Ooo... sekejap makcik ya, nanti saya panggil tuan”


Pembantu rumah tersebut bergegas masuk ke dalam rumah untuk memaklumkan kepada Dr. Rizman.

Sebentar kemudian, Rizman keluar dengan anak sulungnya, Aiman.

“Siapa kau wahai orang tua?”

“Man.. anak mak, intan payung mak, ni mak ni. Mak baru jer sampai dari kampung.”

“Mak? Mak aku dah lama tiada. Aku tiada mak yang bermata satu dan hodoh macam kamu ni. Aku orang yang berjaya, takkan mak aku rupa macam ni?”

“Ayah.. Aiman takut ayah. Nenek ni mata satu, macam hantu!”

“Kau dengar tu orang tua, berambus kau dari sini. Jangan kau cuba nak menakutkan anakku ini pula! Berambus! Kau bukan mak aku!”

“Sampai hati kau Man, ni mak ni. Mak yang membesarkan kau dari kecil hingga kau dewasa”

“Arghh.. mak aku dah tiada. Pergi kau dari sini! Jangan ganggu keluarga aku ni wahai orang tua!”


Maknya menangis dan dengan penuh hiba, maknya beredar kerana dia tidak mahu menakutkan cucunya dan menjatuhkan maruah anaknya. Dia melangkah longlai dan hilang di puput bayu...

Malam-malam yang mendatang, Rizman sering bermimpi yang dia dibakar oleh api yang marak menyala. Api itu seolah-olah takkan padam malah semakin marak menjulang tinggi. Bisa menelan apa saja yang di bakarnya. Rizman rasa panas yang amat membara dan dia meminta tolong untuk di keluarkan daripada panas api tersebut.

Tiba-tiba dia terdengar satu suara,

“Kau akan kekal dalam api ini selama-lamanya kerana kau telah derhaka kepada ibu mu yang melahirkan dan membesarkan kamu. Maka sinilah tempat mu yang paling sesuai sehingga ke akhir masa mu!”

Rizman terkejut dan bingkas bangun dari tidurnya. Dia beristighfar. Memikirkan mimpinya itu yang masuk kali ini dah hamper tujuh hari berturut2 dengan mimpi yang sama. Perasaan sebak tiba-tiba datang melanda dirinya. Dia berasa amat berdosa dengan ibunya. Rizman bertekad. Dia mesti pergi berjumpa ibunya esok. Mesti!

Setibanya di kampung, rumah ibunya bertutup rapat dan begitu sunyi.

Rizman memberi salam namun tiada siapa yang menjawab.

Tiba-tiba, Fuad; kawan Rizman sewaktu kecil menegur Rizman.

“Hoi anak derhaka! Baru sekarang kau nak balik? Buat apa kau balik, pergilah duduk di bandar sana. Sini kampung, tempat orang susah dan tak bersekolah! Buat apa kau nak balik sini?”

“Aku nak jumpa mak aku. Aku banyak dosa dengan dia. Aku nak memohon maaf dengan dia. Kau nampak mak aku Fuad?”

“Hoh.. dah buat salah senang-senang kau nak minta maaf ya. Kau tahu tak betapa besarnya dosa kita jika kita menderhakai kedua ibu bapa kita? Kau tahu tak?” herdik Fuad.

“Aku dah sedar, aku insaf, aku nak jumpa mak aku. Mana dia Fuad?”

“Kau terlambat Man, dia dah tiada. Baru 2 hari lepas dia dah kembali ke rahmatullah”

“Apa?”

Man terjelepuk ke tanah menangisi kematian ibunya. Dia sedar yang dosanya tidak akan dapat diampunkan kerana kesalahannya dengan ibunya itu!

“Sebelum mak kau meninggal, dia ada tinggalkan satu surat kat kau. Nah! Kau pikirlah sendiri.”

Man mengambil surat tu dan membaca...



Ke hadapan anak mak yang mak sayangi,

Mak berbangga kerana mak ada anak yang cerdik, pandai dan berjaya. Mak tumpang gembira.
Mak gembira kerana dapat juga melihat cucu mak yang dah besar tu. Mak tahu yang Man juga sangat sayang anak Man tu sama seperti mak menyayangi anak mak.

Mak dulu ada seorang anak. Pada waktu dia kecil-kecil dahulu, anak mak ni kemalangan. Matanya tertusuk dengan ranting kayu. Matanya buta. Mak rasa sangat sedih dan susah hati. Mak rasa seperti hidup mak dah berakhir.

Mak tak sanggup melihat anak mak itu dalam keadaan buta sebelah mata. Nanti kawan-kawannya ejek dia nanti macam mana? Mak tekad. Mak akan menghadiahkan sebelah mata mak kepada anak mak ini supaya dia boleh melihat dunia yang indah ini dan berjaya di masa hadapan.

Mak tak apa. Jika anak mak berjaya maka mak amat gembira kerana anak mak berjaya kerana dia dapat melihat melalui mata mak itu. Biarlah dia melihat dunia. Mak tak kisah tentang pengorbanan mak ini.

Kini segala impian dan harapan mak dah di penuhi. Mak tetap sayangkan anak mak. Mak ampunkan segala dosa anak mak ini. Mak doakan moga anak mak ini berjaya dunia dan akhirat.



Rizman terkedu. Air matanya pantas mengalir keluar.

Barulah dia sedar, mak yang dia selama ni dia cemuh telah memberikan matanya untuk dia supaya dia boleh berjaya dan melihat dunia.

Sesal yang tiada penghujungnya menyusup masuk ke sanubari Rizman.

“Mak! Ampunkan Rizman mak! Rizman banyak dosa dengan mak! Rizman sayang mak!” jerit Rizman.




@};-- ~~~~ --;{@




Dari Abu Hurairah R.A:

Datang seorang menemui Rasulullah S.A.W dia bertanya, “Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling layak untuk bergaul dengan paling baiknya?” “Ibumu” Baginda S.A.W menjawab, “Kemudian siapa?”, “Ibumu”, “Kemudian setelahnya siapa?”, “Ibumu”. Untuk kali berikutnya orang itu bertanya lagi, “Kemudian siapa?” “Ayahmu” jawab Baginda Rasulullah S.A.W.


Berbuat baiklah dengan kedua ibu bapa kita sewaktu hayat mereka kerana keredhaan Allah datang selepas kerdhaan kedua ibubapanya!

10 Peringatan Bumi

Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.

Berkata Anas Bin Malik r. a; Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara;

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.

Cinta Daripada Pandangan Imam Al-Syafie

Imam Al-Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka duka bersama. Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah, katanya:

“Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.

Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.

Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku.

Ku kunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia".

Imam Al-Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya. Katanya:

“Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat.

Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras. Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.

Seseorang itu juga dapat menundukkan musuhnya dengan menunjukkan rasa persahabatan".

Imam Al-Syafie dalam hal ini berkata:

“Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan.

Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.

Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.”

Friday, May 7, 2010

Sembang Teknikal: Panaskan Enjin, perlu atau tidak?

Upacara memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter. Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi. Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan. Gua syak makan masa dalam 15 minit juga. Brader-brader macam tu gua ingat mesti bangun awal punya. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangkahayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.

Masalahnya sekarang, di manakah pelajaran tentang memanaskan enjin ini diajar? Kalau tak silap gua, masa sekolah dulu pun tak ada pun cikgu-cikgu yang pandai-pandai ajar pasal benda ni. Masa pergi ambil kursus memandu di JPJ pun tak ada belajar benda-benda macam ni. Di univesiti pun tak ada belajar. Sekolah-sekolah agama rakyat pun tak ada menyediakan tajuk ini di dalam silibus pembelajaran mereka. Jadi di mana? Berdasarkan pemerhatian gua dengan sedikit kajian, upacara pemanasan enjin telah dilakukan sejak zaman-berzaman. Mula-mula mungkin datuk gua start panaskan enjin kereta dia sebelum pergi sekolah kerja guru besar. Kemudian bapa gua pula bila dah pakai kereta, teringat pula amalan datuk gua masa nak pergi sekolah dulu. Jadi bapa gua pun setiap pagi sebelum nak pergi kerja panaskanlah juga enjin Volvo kegemarannya.

Kemudian bila gua dah besar, dah pakai kereta sports dua pintu, gua pula ikut panaskan enjin kereta. Tapi sebenarnya gua tak buat. Sebab gua ada ilmu pengetahuan tentang enjin. Tambah lagi biasanya gua bangun lambat. Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni?

Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun, United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?

The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia? Gua rasa memang dah tak payah nak panaskan enjin lagi dah. Start kereta terus jalan saja.

Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, “Engines run best at their design temperature”. Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin lu orang di dalam keadaan pepura (idling) adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stail Amerika, lagi ‘gentle’ kalau pandu terus.

Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.

Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.

Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.

Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia pun gua tengok dah mula pakai. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah men-convert karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan.

Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap suhu 400 – 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, lu orang perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling) maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Lu orang syak apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?

Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin.

Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin. Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin. Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang lu orang perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin.. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang lu orang perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan pepura (idling)?

Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia. BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab dia orang tahu kalau enjin cepat rosak nanti mesti lu orang kompelin. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus blah cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini karang siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan bini tapi enjin kereta terbiar hidup.

Satu perkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan lu orang tidak bergerak. Kalau tunggu makwe turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.

Akhir kata setujukah anda bahawa memanaskan enjin di waktu pagi boleh menjahanamkan enjin dan dunia?

Char Gogga Gogg Man Chaugg Agogg Chabuna Gunga Maugg








Tasik Char Gogga Gogg Man Chaugg Agogg Chabuna Gunga Maugg terletak di Webster, Massachusetts, Amerika Syarikat.

Ia membawa maksud 'ko mancing kat sebelah sana, aku mancing kat sebelah sini, takde sape mancing kat tengah2'. Haha.. camne tu pun boleh jadi nama ke?
Nama panjang lebar tu adalah daripada bahasa Agonquian, bahasa ibunda penduduk tempatan berbangsa Nipmuc, salah satu daripada bangsa American Indian.
Selain daripada nama original tasik ni yang panjang tu, tasik ni juga dikenali sebagai Tasik Webster.

Ia diberi nama Webster Lake sebab terletak dalam daerah Webster dan yang paling penting bagi memudahkan sebutan, memandangkan nama asalnya terlalu panjang untuk diingat dan disebut. Kiranya possibility untuk tersasul tu memang tinggi la, haha..
Cafe dan restoran di Tasik Webster masih mengekalkan nama asalnya yang unik dan popular di seluruh dunia, walaupun ianya agak susah disebut dan diingat melainkan korang terer bahasa Agonquian, hehe

Pages